Sabtu, 9 Mac 2013

Drama-drama Melayu masa dulu


  Aku dah jarang tengok drama-drama Melayu dekat televisyen. Rasa takde keinginan nak tengok. Kalau tengok pun tak sampai 10 minit, aku dah muak tengok cerita-cerita. Apa yang aku dapat simpulkan mengenai drama Melayu sekarang ni dah tiada variasi. Apa yang kita tengok dalam drama lepas, cerita tu juga diulang dalam drama lain. Kalau guna tema lain, mesti akan guna jalan cerita yang sama jer, sampai rosak terus tema tu disebabkan nak mengejar rating murahan.

  Perkara macam ni takde pula aku rasa dalam masa 10 tahun lepas, ketika aku sekolah rendah dulu. Kalau dulu, lepas balik sekolah mesti tengok televisyen. Bukannya nak tengok kartun, tapi tengok drama Melayu. Drama dulu-dulu memang best la, jalan cerita memang diolah dengan baik. Kiranya bukan hanya berfokus pada satu cerita. Drama dulu takde cerita yang memang boleh dijangka dari awal lagi ataupun tidak terlalu melampau kejutan yang akan dihasilkan. Isu stereotaip takde dalam skrip drama dulu.

  Masa tu drama Indonesia tak menyemak sangat dekat televisyen. Yang menariknya, drama-drama Melayu yang bagus-bagus disiarkan dulu aku tengok dalam televisyen kerajaan. Memang tak puas kalau setakat layan dua hingga tiga jam. Mesti nak tengok drama tu sampai habis. Bertahun-tahun juga aku menjadi pengikut setia drama Melayu dalam TV1 dan TV2 sebelum TV3 datang dengan Bawang Merah Bawang Putih. Akhirnya semua orang kena tipu sebab cerita Indonesia yang pernah popular satu Malaysia adalah mimpi semata-mata. Nasib baik aku tak layan cerita tu. Kalau tak menangislah aku. Memang bodoh lah drama ada episod berpuluh-puluh tapi rupa-rupanya hanya mimpi. Puuiihhh!!!!

  Sekarang ni apabila aku balik rumah dari kolej, aku dah hambar dengan televisyen. Aku tengok televisyen dan tidak pernah terdetik cerita apa aku nak tengok. Kebiasaannya masa raya jer aku tengok televisyen lama sikit sebab ada tayang filem. Tapi kadang-kadang rimas juga sebab ulang filem sama jer dari tahun lepas lagi. Aku pergi tengok drama-drama yang disiarkan dalam televisyen, baik kerajaan atau swasta punya, bagi aku semuanya ikut genre yang sama. Takde langsung ke penerbit yang cuba buat drama yang di luar norma macam menampilkan bidang keprofesionalan seperti kedoktoran, kehakiman, keadilan dan lain-lain. Ini tak, asyik-asyik cerita cinta dua darjat, berebut harta, hasad dengki, berebut awek dan macam-macam lagi cerita yang mengarut.

  Hello!!! P Ramlee dah lama buat cerita genre macam tu tapi dia dapat anugerah, pangkat dan kehormatan. Tapi penerbit dan pengarah yang asyik ulang tayang cerita sama dapat apa? Anugerah skrin? Rating tinggi? Akhirnya pemikiran orang Malaysia masih lagi tidak berkembang dan terperangkap dalam kejumudan akal.

2 ulasan:

Unknown berkata...

program tv al hijrah best2

Amir berkata...

org yg ada Astro untunglah bleh tgk...