Aku pelajar
A-Level tapi memilih US bound sebagai landasan masa depan. Aku nak cerita yang
pembelanjaan untuk membuat pemilihan university di USA sangat mahal, belum lagi
nak bayar yuran dekat sana. Kebanyakkan university di USA mementingkan skor
TOEFL dan SAT berbanding dengan result A-Level itu sendiri.
Kita mula dulu
dengar SAT. markah penuh 2400. Minimum point patut lepas adalah 1400. Tapi paling
bagus kena lepas 2000 kalau nak masuk university Ivy League. Pendaftaran SAT
ini adalah lebih kurang 75 atau 90 dolar. Kalau ditukar ke dalam Malaysia
adalah RM320/330. Sudahlah exam SAT bapak payah sebab kita kena jawab
berdasarkan pemahaman ‘citizen USA’ memahami negara sendiri. Aku ni BTN tak
lepas lagi.
Lepas tu exam
TOEFL. Kalau nak tahu, TOEFL ni sama dengan exam IELTS dan MUET. IELTS untuk
negara macam UK, Australia dan lain-lain. MUET untuk dalam Malaysia. TOEFL pula
untuk USA. Aku tak ingat berapa kos TOEFL dalam dollar tapi kalau bayar guna
duit Malaysia, hah, RM610! Memang mahal. Padahal tak pakai kertas pun. Kita jawab
exam TOEFL iBT guna computer je. Mungkin sebab nak bayar caj bayaran professor
yang akan menyemak jawapan kita kot.
Satu lagi, kalau
korang nak minta mana-mana university di USA, pun kena bayar juga yuran
permohonan masuk atau application fee. Paling murah ada 40/50 dollar. Setakat ni
yang paling mahal aku tahu dalam 60/70/75 dollar. Tapi ada juga universiti yang
bagi percuma untuk application fee. Baru ni aku bayar application fee untuk
satu university sebanyak 60 dollar. Kalau ditukar nilai matawang, ia akan
menjadi RM225. Pergh, aku nak masuk university je pun, bukan nak beli gadget. Itu
baru satu university. Kami boleh minta sampai lima university yang diterhadkan
oleh penaja kami. Nak minta lebih lagi tak ada masalah tapi yang selebihnya tak
boleh nak claim duit daripada penaja.
Tapi nasib baik
bayaran dekat atas boleh tuntut balik dengan penaja. Kalau tak, memang pokai
sebelum melangkah ke KLIA. Entah dapat ke tak university dekat USA. Tapi harapan
memang besar nak belajar dekat sana.
2 ulasan:
busy sangat2.. hmm mm... abg nak pi sambung dekat USA? kenapa USA?
Sebab hati tergerak nak pergi USA.. tu jer satu-satunya alasan.. takde dua atau tiga..
Catat Ulasan