Isnin, 18 Mac 2013
12 dan ke atas
Pagi tadi baru saja hadir ke perjumpaan dengan penaja JPA/MARA di INTEC. Segalanya berkisar tentang pencapaian prestasi akademik para pelajar untuk semester lepas. Sangat menakutkan apabila pihak pengarah JPA mengeluarkan statistik mengenai keputusan kami semua. Daripada jumlah pelajar yang melebihi 400 orang, hanya 159 orang yang melepasi cut-off point pelepasan penaja dan universiti iaitu 12 dan ke atas. Maksima point adalah 15. Selebihnya, kebanyakkan pelajar hanya dapat point 11 dan ke bawah. Aku? 10 jer.
Nampaknya memang sangat terasa dalam perjumpaan pertama kali ini untuk semester kedua. Mana-mana pelajar yang tidak melepasi cut-off point untuk semester kali ini akan ditarik balik biasiswanya. Terkejut habis semua orang kerana hampir 70% pelajar gagal dapat 12 dan ke atas. Pemilihan universiti ke luar negara pula dinyatakan hanya boleh dipohon terhadap top 50 universiti di dunia dan mendapat pengiktirafan JPA. Top 50 universiti bukannya mengikut aspek keseluruhan bidang tapi hanya kepada bidang-bidang tertentu. Contohnya, pelajar yang mengambil kejuruteraan dan ingin memilih bidang mekanikal harus memilih top 50 universti di dunia bagi bidang mekanikal.
Aku ada juga terfikir-fikir? Nak pergi UK atau USA? Sebab aku nak pergi UK pada asalnya atas alasan ada nilai sejarah dan aku lebih mengenali tempat di UK berbanding USA. Tapi USA pun okey juga sebab peluang nak pergi ke sana cerah dan tak semestinya di USA tiada tempat-tempat bersejarah. Hati aku pun mula rasa berbelah bagi. Akhirnya aku rasa baik buat keputusan lewat-lewat. Aku bukannya kisah sangat nak pergi UK atau USA. Letak jer aku kat mana-mana dua negara tu. Bidang apa pun nak suruh aku ambil, akan aku ambil juga. Aku kurang cerewet sikit dalam belajar sebab kejuruteraan ini bidangnya sangat luas. Kita boleh jatuh cinta terhadap mana-mana cabang bidang jika kita betul-betul ada minat dalam kejuruteraan. Kecualilah kalau kita dah ada ketetapan.
Aku tertanya-tanya, boleh ke nak dapat point 12 dan ke atas? Sedangkan markah test untuk semester ni dah dapat terendah. Fizik 66%, kimia 55%. Nasib baik test mechanic aku tinggi, 97%. Tu pun sebab mudah dan semua kawan kelas aku dapat skor tinggi. Aku tengok balik apa yang aku dah buat dalam semester lepas. Aku kurang belajar. Aku malas buat latihan. Aku cepat putus asa. Aku tak tumpu perhatian dalam kelas. Hasilnya aku dapat 10/15.
Kalaulah semua kelemahan aku ni dipertingkatkan kepada kebaikan, paling kurang boleh naik 30-40%. Kiranya aku belajar 30% rajin lagi dari sem lepas. Aku buat latihan 30% rajin lagi dari sem lepas. Aku lambat putus asa. Aku fokus dalam kelas 30% lebih dari sem lepas. Hasilnya?? Aku rasa patut jadi 12 atau 13. Rasanya tak teruk sangat pun nak capai point tinggi. Cuma sikap kita jer kena ubah.
Kalau nak berubah jadi baik, perangai kena baik. Tiap hari kena ada peningkatan. Paling kurang 30% sikap kita naik jadi baik. Masalahnya, boleh ke aku dapat 15? Sebab semua subjek semester ni dah tunjuk belang kepayahannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
kesimpulannya, sekrg ramai org pandai....
ding! ko boleh!
usaha! usaha!
untunglah mereka yg bertuah mndpt peluang ni
Catat Ulasan