Ahad, 13 Mac 2011

bencana alam; kita?


         












Bencana alam



             

Suatu ketika manusia yang akan ditimpa bencana? Apa yang mereka akan lakukankan? Apa perkara yang mereka akan ingat? Jika mereka diberi peluang untuk diselamatkan, apa yang mereka akan bawa bersama? Sesudah diri mereka diselamatkan, apa mereka patut buat?


     

Kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun merupakan satu peringatan Allah SWT terhadap hambanya yang mampu berfikir waras. Selama ini kita terlena dengan kenikmatan tempat tinggal yang selesa, makanan yang melimpah, kesihatan yang baik, keselamatan yang terjaga, dan sebagainya. Jadi apa salahnya tuhan beri sedikit ujian kepada kita? Bukankah ini suatu yang penting bagi kita semua untuk mengingati semula kepada penciptaan tuhan yang maha esa. Selama ini kita selalu fikirkan satu kitaran hidup yang teratur. Kita bangun tidur, kita mandi, kita pergi solat, kita berangkat ke sekolah, kita balik dari sekolah, kita buat homework, petang itu kita bermain, malam pula kita buat ulangkaji. Kita jadi seorang pelajar. Selepas habis sekolah kita menuntut di universiti. Kemudian kita bekerja pula. Seterusnya kita menjejakkan kaki di alam perkahwinan dan keadaan ini berterusan sehingga kita pencen. Pesoalannya, apakah ini benar-benar satu kehidupan yang kita mahu, tanpa sebarang peringatan dari Allah SWT?



           
    
Siapa yang mampu menduga kehidupan kita ini. Tiada siapa pun dapat menyatakan bila Jepun akan menerima gempa bumi dan tsunami; satu kejadian bencana alam ataupun malapetaka. Malah ahli pakar pun tidak dapat membuat tekaan yang tepat sekalipun, hanya sekadar menyampaikan amaran. 




              

Andaikan di hadapan kita satu gelombang ombak yang besar, hanya sekali hempasannya kita akan menemui ajal.apa yang kita akan buat? Mengingati semua dosa kita terhadap pencipta yang esa? Menginsafi kerana bekalan yang akan dibawa hanya sedikit? Menyesal kerana baru sahaja berbuat dosa terhadap tuhan?


   


Tapi andai kata kita terselamat daripada ombak besar itu, apa perkara pertama kita akan buat? Bersyukur terhadap Allah SWT yang maha kuasa? Terus melakukan taubat nasuha demi membersihkan diri daripada dosa-dosa silam? Ataupun terus melakukan kegiatan maksiat dengan menganggap tiada apa yang berlaku semalam?



Kita ialah orang yang mampu berfikir dengan waras. Kenapa keadaan kehidupan harus berakhir dengan penyesalan jika kita diberi ruang masa untuk bertaubat dan menyerah dir isecara total kepada Allah SWT? Jadi, fikir-fikirkanlah.




Tiada ulasan: