Sense of urgent / PANTAS BERTINDAK
Dalam kehidupan ini, kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengejar masa. Siapa sangka masa seolah-olah semakin pantas bergerak dan jauh meninggalkan kita yang masih terleka.
Sesungguhnya kita masih terleka dengan nikmat yang sedang dikecapi. Kita lupa, nikat tersebut akan membuatkan kita jauh ketinggalan dengan orang lain. Kita masih berada dalam zon selesa, tanpa menyedari hidup ini hanya satu persinggahan, iaitu persinggahan untuk mencari bekalan yang secukupnya. Selepas itu kita akan menuju ke satu destinasi yang kekal abadi. Apakah itu? Alam akhirat!!!
Berada dalam zon selesa (comfort zone) membuatkan kita malas berusaha untuk mencapai kejayaan lain. Kita lupa bahawa masih ada sesuatu yang kita perlu lakukan. Kita masih terkongkong dalam corak kehidupan yang primitif. Kita masih menganggap adat dan cara hidup ini masih relevan dengan peredaran zaman tanpa menyedari, DUNIA INI KIAN PANTAS BERGERAK!
Sebagai contoh mudah, pukul berapakah kita bangun pagi? Pukul 6 am? Pukul 7 am? Pukul 8 am? Sebaiknya kita perlu bangun awal untuk mengerjakan perintah Allah SWT iaitu solat Subuh dan lebih baik ianya dilakukan secara berjemaah (untuk itu, kita hendaklah rajin menjejakkan kaki di surau). Dengan bangun awal, kita dapat bermuhasabah terhadap diri sendiri. Di sini, kita berpeluang untuk menginsafi apakah dosa-dosa yang dilakukan semalam dan ikhtiar kita untuk berhijrah ke arah kebaikan. Kita sebenarnya sudah berjaya mengalahkan hawa nafsu dengan bangun pagi untuk bersolat. Nafsu akan mempengaruhi kita agar sentiasa dalam keadaan zon selesa, dalam kes ini, teruskan tidur sehingga matahari terbit sepenuhnya. Semestinya mereka yang gagal mengawal hawa nafsu akan terlepas satu perkara penting iaitu mengerjakan perintah Allah SWT. Alangkah buruknya.
Satu persoalan penting, di manakah nikmat tidur yang sebenarnya? Kalau kita kata sebelum tidur, itu salah! Macam mana seseorang boleh mengecapi nikmat yang belum dilakukannya. Kalau kita kata semasa tidur, itu nampak bebenor pelawoknya! Ada ke orang tahu apa yang dia rasa ketika dia tidur sebab tidur itu macam ‘mati’ sebentar. Kalau kita kata selepas tidur, itu bukan nikat tidur, tapi sebaliknya nikmat terjaga selepas tidur. Dan kamu tahukah apa maksudnya?
Tidur hanya untuk merehatkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan