Ahad, 13 Mac 2011

alhamdulillah




Alhamdulillah……




Akhirnya saya selamat tiba di rumah selepas hampir 6 minggu di sekolah. Cuti penggal pertama dapat dijadikan masa untuk berehat…………….



Sebenarnya saya sudah sampai ke rumah semalam lagi, pada pukul 11.23 pagi. Baru hari ini dapat semangat untuk menulis kembali. Kalau nak diikutkan, sepatutnya saya kena balik pada hari selasa ini. Tapi disebabkan oleh ancaman tsunami, maka para pelajar FORM 3 & 5 dibenarkan untuk balik awal oleh pengetua.



Rasa cemas juga apabila mendapat berita gempar ini. Ketika itu saya sedang bermain bola. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang memberitahu ada amaran tsunami. Mula-mula itu ingatkan dia buat lawak, tapi rupa-rupanya berita itu betul! Tsunami yang berukuran 8.9 skala ritcher telah menimpa di Jepun dan ini membawa satu ancaman buat negara yang berdekatan.


Disebabkan amaran itu, kelas tambahan malam tersebut dibatalkan. Pada malam tersebut, PK 1 dan pengetua telah datang ke sekolah untuk menenteramkan para pelajar. Pengetua telah membenarkan para pelajar balik bagi yang tinggal berdekatan iaitu di sekitar Kuala Terengganu. Pelajar yang tinggal berjauhan pula hanya boleh pulang pada keesokkannya. 



Para pelajar yang masih ada (yakni yang masih belum pulang), tidak dibenarkan tidur di asrama. Sebaliknya perlu berada di blok akademik di tingkat 3 bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Pada malam tersebut, hujan turun bagaikan membawa satu petanda yang kurang jelas untuk diertikan? Tsunami?


Alhamdulillah, pada pukul 5.10 pagi keesokkannya, kami dibenarkan pulang ke asrama semula. Perasaan kami berbaur cemas dan lega kerana ancaman tersebut hanya tinggal amaran sahaja.



Dan saya ingin balik ke rumah!!!!!

Tiada ulasan: