Selasa, 15 Mac 2011

Sense Of Urgent / Pantas Bertindak 2




Sense Of Urgent / Pantas Bertindak



Dalam hidup ini, kita haruslah peka dengan suasana sekeliling. Kita kena sedar apa yang sedang berlaku dalam keliling kita. Jangan biarkan kita hidup dalam kera sumbang dan bagaikan katak di bawah tempurung. Kita hidup dalam komuniti awam yang normal. Jesteru, sebaiknya kita bergaul dengan mereka, bertanya khabar, ziarah- menziarahi, dan memupuk semangat kejiranan yang jitu. 



Peka dengan keadaan sekeliling merupakan satu perkara penting, bagi memastikan kita dapat bebas daripada zon selesa. Kita sudah lama terlena dengan asyikan mimpi yang penuh khayalan. Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bangkit semula daripada mimpi panjang. Dalam diri kita haruslah bersegera dalam bertindak iaitu sense of urgent / pantas bertindak.



Mengapa kita harus datang lambat ke sesuatu tempat sedangkan kita boleh merancang untuk datang awal? Apakah kita sudah berfikir kita memang lambat atau ada sesuatu yang tidak kena? Yang pertama, kita kenalah peka dengan keadaaan sekeliling. Dalam kata mudah, melihat arus perubahan di sekeliling kita. Kalau orang di sebelah kita berjalan laju, mengapa kita harus berjalan perlahan? Kalau kawan kita sudah bersiap sedia ke tempat kerja, mengapa kita masih lagi berbaring di atas katil. Sedarlah sekarang. Mengapa kita harus ketinggalan jauh kalau semua orang sudah maju ke hadapan? MENGAPA???



Ianya sesuatu tidak betul kalau kita mengikuti bulat-bulat apa orang di sekeliling kita buat. Tapi ianya sesuatu yang bernilai kalau kita maju sedikit daripada mereka. 


Sebagai contoh : 



1. kalau kawan kita bangun pada pukul 6 pagi, usahakanlah diri kita untuk bangun pada pukul 5.30 pagi. Dengan ini kita dapat mandi dengan lebih awal. Maka tubuh badan kita lebih segar untuk menunaikan solat tahajud dan solat subuh berjemaah.




2. kalau orang di sekeliling berjalan ke tempat kerja, usahakanlah di ri kita untuk menandingi dirinya dengan berlari. Jadi kita akan sampai lebih awal daripada dia dan kita lebih bersedia untuk bekerja seterusnya bersemangat untuk melakukan kerja-kerja lain.



3. kalau teman sepejabat sudah menyiapkan tugasan pada hari ini, usahakanlah diri untuk menyiapkannya pada semalam hari lagi. Dengan ini, kita akan mempunyai masa yang berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga dan kawan-kawan. Tak lupa juga masa bersama dengan tuhan iaitu beribadat.

 


Nampaknya ianya sesuatu yang penting untuk memiliki perasaan peka terhadap suasana sekeliling. Ianya bukan mudah untuk dicapai tapi tak susah untuk diusahakan. Hanya orang yang bersungguh-sungguh sahaja dapat membulatkan matlamatnya. Bak kata orang, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 




Peka dengan keadaan sekeliling dapat diperlihatkan dengan memerhati perubahan di sekeliling, tindakan orang di sekeliling, matlamat yang hendak dicapai, dan apa tindakan yang perlu kita ambil.




Sesuatu yang susah lama-lama akan menjadi senang jika kita terbiasa dengannya.

Tiada ulasan: