
Assalamualaikum………….
Hari ini saya akan pulang semula ke asrama. Betapa singkatnya cuti ini yang hanya memperuntukkan 3 hari sahaja. Selepas saya hanya boleh balik semula ke rumah pada cuti penggal pertama bulan Mac. Oh, betapa jauhnya jarak itu. Kira-kira adalah dalam 5 minggu. Nampaknya kami kena ‘siksa’ lah kat sekolah nanti. Hehehe, bergurau sahaja para guru.
Bas saya akan bertolak pada pukul 12 tengah hari. Sekarang baharu pukul 8.37 pagi. Entah apa saya boleh buat dalam masa berbaki lebih kurang 3 jam ini. Mengemas? Selepas inilah. Lambat lagi. Saya nak berehat dahulu. Nanti pukul sepuluhlah saya mula nak bersiap-siap.
Satu tekanan yang saya akan di jumpa di sekolah ialah……. Peperiksaan TOV. Nampaknya peperiksaan ini begitu menguji semangat saya naik membara nak baca buku. Tapi saya langsung tak baca buku. Macam ini? Nak harapkan soalan bocor, jauh panggang daripada api. Meniru? Tidak sama sekali. Nampaknya saya kena baca buku jugalah walau satu benda pun saya tak faham. Ianya lebih baik membaca daripada tidak membaca. Ianya lebih baik jawab 10 soalan daripada tak jawab langsung.

Agak-agaknya macam mana design baju rumah aku. Entah cantik ataupun tidak. Saya harap berbaloi duit yang akan dilaburkan sebanyak RM 40. Tahniah kepada kapten dan penolong kapten rumah.
Berolahraga sambil membaca buku? Mungkin akan terjadi kot sebab hari olahraga kat sekolah saya berlangsung semasa pelajar tingkatan 5 menghadapi peperiksaan. Ini sememangnya satu dugaan terbesar setakat ini.boleh ke para pelajar menumpukan perhatian kepada buku kalau fikiran asyik memikirkan strategi di atas padang nanti? Huish, pening-pening.
Satu perkara lagi, pelajar tingkatan 4 akan mula mendaftarkan diri, rasanya pada 7/02/2011. Tentu ramai yang akan melaporkan diri nanti. Maklumlah sekolah SBP ini popular di pantai timur. Sekolah apa itu? Lu pikirlah sendiri. Saya harap nanti pelajar tingkatan 4 anti yang didaftarkan dalam rumah saya semuanya hebat-hebat belaka. Hebat dari segi akademik, kokurikulum, dan juga cemerlang sahsiah diri. Bolehlah bantu rumah ini menjadi juara pada tahun ini. Jangan pula rumah itu sahaja yang selalu menang.
Saya rasa setakat ini sahaja saya mampu menulis. Idea saya dah nak kering dah. Selepas ini post terbaru saya mungkin pada bulan Mac nanti. Nak buat macam mana sekolah nak ‘kurung’ budak-budak biar sampai otaknya cair gila-gila. Eh, gurau sahaja cikgu! Bukankah gurauan itu boleh mengukirkan sebuah senyuman. Senyuman itu akan mengembirakan hati jika duka datang merundung.
Jadi, jangan duka selalu. Cerialah sikit. Sesungguhnya saya tak pernah faham saya, mahupun jiwa orang lain.
.........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan