Isnin, 2 September 2013

KL Gangster 2



   Ini kali pertama aku dengar movie keluar di internet dulu, lepas tu baru nak masuk pawagam. Agak-agak kalau perkara macam ni terjadi, ada orang tak nak pergi pawagam padahal dah tengok dalam laptop? Konfim Syamsul Yusuff akan rugi banyak sebab kurang orang datang ke pawagam walaupun cerita best.

   KL Gangster 2 ni lebih kepada prekuel filem yang pertama. Maksudnya filem kedua akan menceritakan kejadian sebelum filem pertama berbanding sekuel yang akan menyambung cerita pertama. Prekuel ke sekuel, asalkan filem tu pernah box-office, pasti akan ada peminat yang nak tengok kehebatan Malek dan Jai berlawan.

   Ada yang bersimpati dengan nasib Syamsul Yusuff akan sikap tak amanah orang dalam pengurusan filem ni sampai boleh bocor dalam internet. Tapi ada juga yang kurang bersimpati dengan nasibnya dengan alasannya filemnya adalah berorientasikan hiburan dan tiada nilai pengajaran malah cuba membawa pengaruh gangster dalam masyarakat.

   Erm, bila tiba soal Melayu, sibuk nak cari nilai atau pengajaran cerita. Kalau ada unsur negatif macam LGBT, rempit, bohsia, gangster, seram, memang kena kutuk sebab bawa pengaruh tak baik kepada masyarakat. Tapi kalau filem luar, segala nilai ditolak tepi. Janji cerita best dan gempak! Ni ke semangat sebenar nak sokong produk buatan tempatan?

   Masa filem tempatan baru naik nilah kena sabotaj. Yang untungnya, tauke cetak rompak di pasar malam dan di internet. Pembeli lebih baik beli DVD sebab gambar kualiti bagus dengan substitle yang okay. Haha, apa barang beli DVD, download masuk dalam fail computer la.

   Aku harap lepas ni pengarah muda kita tak berhenti buat filem. Mungkin lepas ni dia boleh lebih berhati-hati untuk elakkan perkara yang sama berulang. Pengarah lain pun kena alert juga agar tak menerima nasib malang yang sama. Kalau nak tarik penonton ke pawagam, cuba buat kajian yang lebih terperinci sikit. Takut kena kutuk macam filem Tanda Putera.

Tiada ulasan: