Tekanan dalam hidup tak dapat dielakkan. Orang kaya ada masalah. Orang miskin pun ada masalah juga. Mereka yang diberi amanah khalifah di bumi memang akan pikul banyak tanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah ini. Tekanan buat tanggungjawab kita semakin berat padahal kita sudah cukup mampu membawa beban di atas bahu kita.
Jangan stress kalau tekanan banyak. Biasanya orang yang tak mampu kawal tekanan akan pening kepala, rasa loya, marah mendidih-didih, dan dunia rasa gelap. Ini tanda-tanda kita dah putus asa dan berharap untuk lari daripada tanggungjawab ini.
Relak, jangan cepat tertekan dengan stress. Kita boleh kawal stress dengan baik. Kebanyakkan orang yang berjaya kerana mampu mengawal stress dan tekanan daripada meledak. Pernah tengok Bill Gates atau Datuk Fadhilah Kamsah marah-marah di khayalak ramai? Tak sebab mereka orang berjaya dan tekanan itu adalah lumrah hidup.
Kalau kita stress, yang pertama kita kena relak dulu. Baring-baring atas katil dulu. Mungkin boleh cuba tidur dulu biar hormon dalam badan kembali normal. Lepas tu fikir mengapa kita stress. Cuba tengok kawan-kawan sekeliling. Mereka pun ada stress juga. Orang lain pun ada stress juga, malah lebih besar daripada kita.
Tak mampu nak selesaikan tekanan seorang diri? Kalau diri buntu otak pun jadi tumpul. Fikir lama nak selesaikan masalah pun tak guna juga sebab otak dah 'jammed' dengan bebanan masasalah. Jadi kita kena minta bantuan orang lain. Tanya pendapat sesiapa pun yang boleh kita percaya. Tapi jangan sampai mereka selesaikan masalah kita pula. Masalah sendiri patut diselesaikan oleh tuan empunya badanlah. Jangan pula buat orang lain stress dengan kita pula.
Yang penting kita tahu hakikat tekanan dan stress adalah orang lain pun ada masalah juga. Cuma mereka nampak cool dan selamba sebab jiwa mereka tenang ketika menyelesaikan masalah. Kalau hati tak cukup kuat dengan dugaan hidup, mungkin kita perlu tambahkan lagi aktiviti kerohanian seperti solat fardhu dan sunat, berzikir, bermunajat, cakap perkara baik, baca al-qur'an dan lain-lain yang berkaitan dengan amalan ibadat.
Amalan lain seperti berenang, bersenam, main 'game', tengok wayang pun boleh selagi tak melibatkan perkara haram. Yang penting, kita kuat dengan cabaran yang ada. Relak dan sabar dengan tekanan, baru kita boleh fikir dengan tenang cara nak selesaikan masalah.
JANGAN MARAH
JANGAN BENGANG
JANGAN TENSION
RILEK BRADER RILEK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan