Selepas SPM, aku masih terpinga-pinga dengan hala tuju aku.
Borang UPU aku masih belum isi. Keputusan belum diputuskan, universiti mana
menjadi pilihan aku. Aku kecewa dengan keputusan SPM. Bukan semua A, hanya satu
subjek sahaja yang cuai. Bahasa Inggeris memang menjadi “musuh ketat” aku sejak
sekolah rendah. Nampaknya aku gagal untuk mengatasi kelemahan aku. 8A dan
berbaki 1B menyebabkan aku kurang bersemangat untuk mengisi borang-borang lain.
Aku dapati, kebanyakkan tawaran biasiswa mengutamakan subjek
Inggeris terlebih dahulu. Haha, aku ketawa dalam hati sebagai tanda protes. Tak
ada satu pun yang boleh aku isi. Lama-lama, aku boleh jadi benci dengan subjek
bahasa asing. Syarat biasiswa tak lepas, jangan haraplah kalau boleh mengetuk
pintu ke bilik temu duga. Jadi, setakat ini aku hanya menanti pengumuman
biasiswa MARA dan JPA di internet kemudian.
Aku termenung seketika. Borang UPU perlu aku isi segera
sebelum tarikh ditutup. Terlalu banyak pilihan asasi di Malaysia. UIAM, UiTM,
UPM, UM dan lain-lain membuatkan aku pening untuk menjadi pilihan tempat
melanjutkan pelajaran. Aku tak minat nak buat diploma sebab nak sambung degree.
Kalau aku ambil diploma, kena pinjam PTPTN. Tak nak aku terbeban nak bayar duit
hutang semasa bekerja nanti. Perit tau kehidupan berhutang ni. Belum tentu juga
selepas habis belajar terus dapat kerja. Jadi kita kena kurangkan risiko.
Matrik bukan pilihan aku kerana aku mahu bebas sikit.
Peraturan Matrik macam sekolah sikit. Lagipun, pembelajaran di Matrik sangat
laju, cuti pendek, dan banyak faktor lain yang menyumbang ke arah tersebut.
Lagipun aku minta Matrik Pahang dekat Kuantan. Tapi aku nak tempat belajar jauh
sikit dari pantai timur. Aku nak rasai suasana kehidupan di kota raya.
Kawan baik aku dah bersepakat nak pilih asasi UIAM. Aku pun
tak ada bantahan. Biarpun 2 tahun, tapi aku rasa berbaloi sebab ada pendidikan
agama, bahasa arab. Lagipun aku dengar graduan UIAM ada kualiti yang tersendiri
sebab ada nilai tambah iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Masa inilah aku
kena memperbaiki Bahasa Inggeris aku. Dah tak nak bahasa asing itu jadi musuh
aku sampai bila-bila. Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa paling utama di atas
muka bumi. Jadi aku tetap kena belajar juga kalau nak dapat pekerjaan yang
mewah-mewah.
4 ulasan:
saya pun pening nak mabik course ape ni... takut tersalah ambik, tak de peluang pekerjaan. do view my blog.
jgn fikir pasal peluang pekerjaan, ia sentiasa berubah dari tahun ke tahun.. paling mudah pilih ikut minat, jgn lupa plak wat research pasal kursus yg kite ambik tu
aisya belajar untuk kerja, that's why tanya peluang pekerjaan tu, hmmm.. risau menganggur.
Hmm, payah gak sbb ramai pljr dlm bidang kritikal di Malaysia tp x dpt gak kerja.. sbb student kite pndai belajar tp x pndai cari peluang pekerjaan.. dh hbis bljr, kene struggle pula cari keje.. moleknya sbelum hbis bljr, kite dh cari pekerjaan dan perjanjian dgn bakal bos kite..
Catat Ulasan