Isnin, 2 April 2018

Review Pacific Rim Uprising

Jumaat lepas aku ada tengok movie baru, Pacific Rim Uprising, dekat Kuantan. Aku tak sangat nak tengok movie ni, tapi sebab keluar dengan kawan-kawan, kuasa majoriti tu memang tak boleh nak kalahkan. Aku lagi suka dengan movie Tomb Raider walaupun banyak movie critics bagi review negative.
Aku tengok movie ni di GSC dan macam biasa, 15 minit pertama adalah untuk iklan. Kau nak jual telefon, rantai emas, trailer movie baru, semua kau boleh tengok dekat skrin depan. Kalau kau jenis bosan nak layan iklan-iklan ni, boleh datang lewat 10 - 15 minit. Aku jenis tak kisah, asal boleh duduk jer.
Movie Pacific Rim Uprising (PRU) mengambil latar masa 10 tahun selepas manusia kalahkan kaiju (raksasa) dan menutup portal teleportasi antara dunia manusia dan kaiju. Watak utama adalah anak kepada hero utama dalam movie pertama, Pacific Rim. Movie ni akan dedahkan niat sebenar kenapa kaiju datang ke bumi dan plot rahsia alien untuk datang ambil alih bumi.
Movie ni aku bagi rating 7/10. Aksi berlawan lebih kepada sesama robot atau mereka panggil sebagai jaegar. Pada akhir filem baru ada babak jaegar berlawan dengan kaiju. Watak-watak lama dari movie pertama Pacific Rim masih ada berlakon dalam movie baru ni. Berbanding dengan movie pertama, PRU ni kurang ummphh. Movie kedua lebih kepada konflik dalaman, banyak bercakap, babak lawak yang tak perlu, dan kurang kelibat kaiju. Dua aksi pertama dalam movie ni jaegar berlawan dengan jaegar jahat yang rupa-rupanya dikawal oleh otak kaiju.
Movie ni ada selitkan robot jaegar versi kecil, Scrapper. Scrapper ada buat kemunculan pada awal dan akhir filem. Scrappee adalah jaegar yang unik sebab hanya dikawal oleh seorang pilot, jaegar yang normal memerlukan dua orang pilot. Apa yang aku suka dengan movie ni ialah robot jaegar ada banyak berbanding dalam movie pertama. Tapi beza antara kesemua jaegar ni tak ketara sangat. Mereka cuma ada senjata yang berlainan.
Satu lagi apa yang aku suka tentang movie ni adalah pelakon Jing Tian. Dia berlakon sebagai badass woman yang ketuai Shao Industry. Tiba-tiba aku tengok dia ni cantik dalam movie. Tapi aku pelik masa tengah berlawan pun dia pakai mekap tebal (gincu merah). Rasa lawak pun ada.
Sampai sini saja aku buat review movie. Pergh, payah juga buat review movie. Aku tak reti nak ulas panjang. Aku cuma boleh cakap sama ada movie tu best atau kurang. Simple jer. Nanti aku rajin aku tambah lagi review movie. Bukan bulan ni, bukan bulan depan tapi lain bulan la.

Tiada ulasan: