Isnin, 1 Januari 2018

Azam dan Misi 2018

Salam semua.

Minta maaf kalau post tahun lepas aku karang dua tajuk jer. Tulis banyak pun bukan ada orang baca. Tahun ni aku harap boleh beraksi aktif kembali dalam dunia blogger. Aku datang ke sini sebab nak asah bakat menulis. Rupanya bakat aku lebih ke arah tidur. Hahaha, jangan gelak dengan lawak hambar aku.

Tahun baru 2018 dah sampai kat Malaysia. Maknanya segala memori dan kenangan pada tahun 2017 sudah menjadi buku sejarah. Aku seperti biasa, datang sini nak menulis azam tahun baru aku. Sebelum aku cuma berniat tanam azam sampai aku lupa mana azam aku tanam hari tu. Hehe, tolong jangan gelak dengan lawak hambar ni.

Tahun 2018 aku cuba nak berniat dengan menulis terus azam aku dalam blog ni supaya boleh jadi ingatan untuk insan mudah lupa ni. Aku pun dah lupa apa yang aku niat azam masa tahun baru 2017. Jadi aku tak nak buat kesilapan sama. Kali ni biar aku ingat terus azam aku sampai akhir tahun 2018.

Azam pertama

Aku nak kurus. Berat aku dah melebihi 140 KG. Iye tuan puan, jangan terkejut. Berat aku macam ada 3 atau 4 'saka' tengah panjat badan aku. Sesungguhnya saka 'lemak' sangat berhantu dan payah nak dihalau. Aku dah tak nak jadi penternak lemak. Target aku sebelum bulan Jun 2018, paling kurang berat aku dah mencapai 95 KG. Akhir tahun 2018 aku dah kurus dengan berat 75KG. Diet dan senaman akan menjadi senjata untuk menghancurkan lemak-lemak degil yang melekat dekat badan aku.

Azam Kedua

Kejap, aku tengah fikir lagi. Nanti ada idea baru aku curah dekat sini.

Tiada ulasan: