Alhamdulillah sebab sekarang sudah menjadi alumni INTEC (padahal final exam tak ambil lagi). Pagi tadi ada majlis penyampaian sijil INTEC bagi program yang akan menamatkan pembelajaran di INTEC pada semester ini. Program ALUK10 (program aku), ADFP/ACTP (budak-budak Amerika), ALMC13 (program medic ke UK) dan ALEG (budak-budak Jerman).
Seawal pagi lagi aku bangun dan bersiap dengan baju kemeja gelap berjalur. Kawan-kawan yang lain ada yang pakai baju melayu beserta songkok dan samping. Aku tak boleh nak pakai baju melayu sebab tak ada yang sepasang. Budak lelaki boleh pilih nak pakai baju kemeja atau baju melayu. Budak perempuan hanya baju kurung atau kebaya. Kebaya ke kurung, semua aku tengok macam pergi nak audition pemilihan pelakon dalam filem.
Mula-mula aku rasa seronok sebab dah nak jadi alumni. Lepas tu bila sampai giliran untuk naik ke pentas masa ambil sijil, tiba-tiba aku rasa gementar. Badan terketar-ketar, sakit perut, dan berpeluh-peluh. Sampai ke tuan pengarah aku cuba senyum jer masa kena tangkap kamera bersama beliau dan sijil (palsu) di tangan. Melangkah turun jer dari pentas, rasa ketakutan aku dah hilang dan tak sabar-sabar nak keluar dewan awal (pelajar yang nak terima sijil ada 400 orang lebih, mahu lama kena tunggu!).
Gambar alumni? Maaflah aku tak ada kamera atau smartphone dengan kamera power. Sekarang ni pun aku tengah cari pilihan gadget yang sesuai. Kalau ada kawan-kawan cuba bertangkap gambar, aku akan lari dari mereka. Aku suka tangkap gambar orang lain tapi tak suka orang tangkap gambar aku. Maklumlah muka tak macho.
8 ulasan:
orang besut eh? sekolah mana dulu? saya pun dari besut masuk intec buat a-level (bound to usa) hujung bulan ni. takut n nervous pulak rasa bila baca pengalaman abang ni. sat dgn toefl susah ke?
tengku mahmud 2 tp pindah pegi sbpi batu masa form 4... sbenarnya toefl taklah susah sgt.. cuma kitaorang lngsung xde kelas toefl... junior cam korang untung skit sbb dh ad klas.. kalu basic english dh mntp, termasuk dgn speaking n listening, kacang jer toefl tu
tp SAT mmg susah giler.. kite kene tau cara budaya amerika.. dahlah soalan baca bnyk kali tak faham gak.. tp korang masih lagi beruntung, tak tolak markah utk jwpn salah
Tumpang tanya, macam mana asasi dapat tukar gi Intec? Tawaran dri JPA ek? klau ya pula, JPA tu bila apply? sebelum asasi dah apply guna result spm ke time asasi baru apply? terima kasih :)
yup, sbb dpt twran jpa.. biasanya apply lepas dpt result spm.. tp nobody know the truth sbb twran tu dtg tiba2.. biasanya jpa akan penuhkan kuota bdk biasiswa.. kalu tak cukup, dye akan htr twrn kpd yg layak, maksudnya secara rawak.. sy pun tak tau mcm mana cara jpa bagi tawaran.. tp tahniah bagi yg bertuah
salam..singgah sini;)
senior intec ??
wahh.. ari ni kluar result kn? hiw's yor result senior??btw tahniah =)
Sejujurnya saya belum ambik result lagi.. Esok baru berani nak ambik.. Cuma harap yg terbaik jer..
Catat Ulasan