
Semalam aku baru saja tengok filem Mortal Instrument dekat Subang Parade. Harga tiket murah jer, RM9 sebab dapat diskaun pelajar. Lagipun filem 2D jer. Masa tayangan citer tu dalam pukul 8 pm. Geng aku mari situ dalam pukul 6 ptg sebab nak survey smartphone di kedai Direct D.
Citer ni mengambil durasi hampir dua jam. Filem ni aku boleh beri rating 2.5/5 jer. Sebabnya jalan cerita tak beberapa kuat dan ada banyak lompong kelemahan. Kalau bab pasal graphic, tak payah nak kupas banyak sangat sebab filem keluaran Hollywood memang power dalam teknologi CGI (Computer generated image). Kiranya aku komen berdasarkan plot cerita jer.
Berdasarkan komen daripada kawan aku, baru sedar filem ni banyak guna elemen dari filem lain seperti Total Recall (watak utama kena block ingatan), Harry Potter (watak utama dipaksa minum darah dalam piala manusia), Twilight (jalingan cinta antara Clary dengan Jace) dan banyak lagi jika anda banyak pengetahuan pasal filem Hollywood.

Filem ini bermula bila Clary mula melukis simbol pelik sampaikan penuh simbol tu dalam biliknya dalam keadaan tak sedar. Malangnya lagi bila dia ternampak satu pembunuhan dalam sebuah kelab malam. Sayangnya hanya dia nampak pembunuhan tu. Memburukkan lagi emaknya, Jocelyn diserang oleh dua orang pengikut Valentine yang inginkan piala manusia daripadanya.
Clary bertemu dengan shadowhunter, Jace, yang bertanggungjawab dalam peranan membunuh syaitan di dunia. Ingatan Clary telah disekat untuk mengingati apa-apa masa dia kecil. Jadi dia dibawa ke City of Bones, tempat pengebumian Shadowhunters, untuk memulihkan balik ingatannya. Sekatan terlalu kuat untuk dipecahkan sampaikan dia perlu untuk berjumpa Magnus Bane, orang bertanggungjawab meletakkan sekatan dalam ingatannya.

Malangnya, kawan Clary iaitu Simon telah diculik oleh pontianak ketika berada di bar milik Bane. Clary, Jace, Alec dan Isabella pergi ke sarang pontianak untuk menyelamatkan Simon. Mereka hampir saja terbunuh kalau tidak ada pertolongan daripada sekumpulan serigala jadian. Ketika berada di Institut, kawasan kediaman shadowhunter, Clary telah teringat di mana emaknya menyembunyikan piala tu.
Clary telah balik ke rumahnya untuk berjumpa jirannya iaitu seorang yang pandai meramal guna kad. Dia berjaya mengambil piala tu yang disembunyikan di dalam lukisan. Rupanya jirannya tu adalah syaitan dan merampas piala tu. Clary dan shadowhunter cuba melawan tetapi Alec cedera parah dan tak sedarkan diri. Piala tu berjaya didapati balik dengan bantuan Simon.
Alec dibawa balik ke Institut untuk dirawat. Clary menyerahkan piala tu kepada Hodge, ketua shadowhunter di Institut. Malangnya Hodge telah membuat pakatan jahat dengan Valentine. Valentine datang ke Institut untuk menuntut piala. Konflik semakin memuncak bila Valentine memecahkan rahsia yang Jace dan Clary adalah anak-anaknya dan Jocelyn adalah isterinya.
Skip segala aksi bertarung antara Jace dengan Valentine dan shadowhunter serta serigala jadian dengan syaitan dalam Institut, maka Valentine dikalahkan dengan tersekat dalam portal. Emak Clary dirawat di hospital dan Clary dengan Jace telah menerima hakikat yang mereka adalah adik-beradik.
Sayang sungguh sayang sebab filem ni tidak huraikan kesan piala manusia tu dan macam mana piala tu boleh buat sampai Valentine menjadi jahat. Dalam cerita ni juga menunjukkan Simon ada kesan gigitan pontianak di tengkuk tapi dia teruskan hidup sebagai manusia biasa tanpa menunjukkan kesan dia dah jadi separuh pontianak kecuali kerabunan dia dah hilang.
Filem ni juga cuba memberi pengaruh homoseksual bila Alec cemburu bila Jace lebih sukakan Clary. Malah Magnus Bane tertarik dengan Alec dan memuji kecantikan matanya. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang berbangkit lepas habis tengok cerita ni.

Contohnya dia kata Clary ada kuasa terhebat. Dalam cerita hanya menunjukkan Clary hanya memberhentikan syaitan buat seketika dan gunakan kuasanya untuk membersih rumah lepas diserang. Aku dah malas nak tulis banyak. Lagipun aku dah lupa apa persoalan yang terjawab daripada filem tu.
Nasihat aku, lebih baik tengok Elysium. Tapi takde masalah kalau korang nak tengok Mortal Instrument. Ni cuma persoalan aku yang banyak songeh. Jangan pula terlalu terpengaruh dengan aku. Kalau korang betul-betul minat genre macam ni, tengok jerlah.
P/S: Erm, apa fungsi INSTRUMENT dalam filem Mortal Instrument? Yang ada bila Jace bermain piano. Ingatkan shadowhunter berlawan guna senjata muzik cam Kamen Rider Hibiki. Yang lawaknya bila Jace kata seorang ahli musik lagenda dunia adalah seorang shadowhunter juga. Hampir semua orang dalam pawagam gelak sebab tak logik fakta tu. Satu lagi, apa fungsi City of Bones dalam filem tu? Dia hanya tunjuk tu sebagai perkuburan shadowhunter dalam satu scent.
By the way, watak utama, Clary ada kening cantik macam Elfira loy kan. Ke Elfira Loy yang berlakon dalam filem? Hahaha.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan