Asasi itu yang kupilih
Terlalu banyak pilihan yang ditawarkan dalam UPU. Aku masih
belum tetap pendirian tentang pilihanku. Aku tak pasti, apa selama ini aku mahu
kejar. Ya, kebahagiaan itu sangat dituntut dalam kehidupan semua tapi jalannya
belum tentu jelas dilihat dalam mata semua orang.
Doktorkah? Engineer ke? Atau ada cita-cita yang lebih baik? Aku
buntu yang mana patut aku ambil. Lama-lama, aku rasa baik ikut kawan. Paling kurang
kawan kita itu ada idea bernas mengapa dia ambil pilihan tersebut.
Jadi aku buat keputusan nak pergi Pusat Asasi UIAM
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Petaling Jaya. Pergh, memang banyak
gila asasi dekat CFS (Centre Foundation Studies, nama manja untuk Pusat Asasi
UIAM) ini. Ada sains fizikal, sains
hayat, engineering and science computer, undang-undang, perubatan, farmasi,
pergigian, sains kemanusiaan, arkitek, dan banyak lagi. Pening juga aku nak
buat keputusan ini. Jadi, oleh sebab aku tak tahu nak jadi apa bila dewasa
nanti, baik aku ambil sains fizikal. Sebabnya aku malas belajar biologi dan
bidang pengkhususannya tidak terhad kepada satu jenis sahaja.
Percayalah, ramai budak yang keliru dan akan buat keputusan
salah apabila melihat terlalu banyak asasi di CFS. Semua orang tahu asasi sains
fizikal adalah lonjakan untuk mengambil degree engineering tapi bukan semua
orang tahu yang asasi sains fizikal di UIAM tidak boleh ambil ENGINEERING! Kenapa?
Ini kerana di CFS sudah ada asasi khusus untuk engineering iaitu asasi
engineering and science computer.
Begitu juga dengan asasi sains hayat. Semua orang fikir
untuk asasi sains hayat untuk golongan yang bercita-cita menjadi doktor tapi
percayalah, di CFS sudah ada asasi perubatan. Jadi budak asasi sains hayat
hanya boleh bidang bioteknologi. Bidang pergigian dan farmasi sudah pun ada
asasi masing-masing iaitu asasi pergigian dan farmasi. Begitu juga dengan asasi
kejururawatan.
Nasihat saya, selidik dahulu bidang yang ditawarkan dalam
sesebuah universiti. Kebanyakkan orang suka memilih sebab ada asrama yang
selesa, dekat dengan bandaraya, ada nama yang gah tapi kurang orang yang
menyelidik tentang bidang tersebut akan bawa kita ke mana. Percayalah, setiap
universiti ada sistem yang berbeza dan tak sama dengan universiti lain. Bukan semua
universiti boleh menawarkan bidang yang kita hendak.
Contohnya anda berminat untuk menjadi guru. Di UIAM,
walaupun anda mengambil degree yang khusus terhadap pendidikan tapi anda tetap
tidak boleh menjadi guru. Guru swasta itu bolehlah. Begitu juga dengan orang
yang bercita-cita menjadi engineer dalam kejuruteraan awam. Tapi di UIAM tiada
bidang kejuruteraan awam yang ditawarkan. Jadi kaji dulu adakah universiti
tersebut dapat membawa anda menjadi apa yang anda inginkan.
Keputusan matrikulasi sudah keluar. Keputusan UPU pun sudah
keluar. Tapi aku lebih berminat dengan pilihan UPU. Ya, asasi sains fizikal
UIAM arah yang akan kutujui. Memang aku sudah seteguh kata untuk memilih asasi
berkenaan. Asasi itulah pilihan pertamaku dalam UPU. Awal bulan Jun aku akan
mendaftar menjadi budak asasi UIAM.
Hari pendaftaran asasi UIAM memang sangat meriah. Budak-budak
terlampau ramai. Sedangkan CFS ini kecil jer. Boleh ke nak tampung budak yang
ramai? Kan pecah CFS ini.
Seminggu aku menjalani minggu orientasi atau dikenali ta’aruf
week. Geng dari sekolah lama aku ada lebih kurang 11 orang. Sebenarnya kalau
tak nak mari masa ta’aruf week pun boleh juga tak ada kehadiran yang diambil. Kalau
nak ponteng tiada masalah punya. Tapi takkan baru jadi budak junior dah jadi
berlagak. Dekat CFS ada budak senior sebab asasi UIAM mengambil masa 2 tahun
berbanding dengan asasi lain iaitu setahun.
Hari pertama pembelajaran ada sedikit masalah. Jadual aku
tak dapat lagi. Lagipun jabatan program asasi sains fizikal kena kunci oleh pak
guard. Pagi-pagi isnin lagi aku pergi jabatan tersebut pergi tengok jadual aku
punya.nasib baik hari itu kelas mula pukul 9.00 pagi. Ada banyak masa lagi. Kelas-kelas
dekat CFS semua tempat belajar beza. Setiap subjek kau kena bergerak pergi
kelas lain............
Dah malas nak tulis panjang-panjang lagi. Tunggu next post jerlah.
bersambung ke Cerita-cerita seram di sini
bersambung ke Cerita-cerita seram di sini
55 ulasan:
Ohhh. Asasi sains hayat bukan utk perubatann? Uiam takde pun asasi perubatan.
http://www.iium.edu.my/cfs/programmes-offered
nama program di CFS UIAM dan beserta syarat2 nya
Maaf tanya. Tapi asasi sains fizikal untuk jadi apa ek??
Sains fizikal uiam lebih menjurus ke arah matematik, fizik dan kimia.. Dari segi kerjaya belum jelas lagi sebab masih tgh bljr..
Kalau nak amik course farmasi kat uiam ni ok x ?
rasanya okey jer.. lepas habis asasi boleh terus sambung belajar degree di kuantan..
Assalamualaikum. Kalau ambil asasi sains hayat boleh sambung degree dalam course biomedical sciences tak? Sebab setahu saya ada biomedical engineering and biomedical sciences. Saya nak sambung biomedical sciences.
Assalamualaikum.. saya pelajar lepasan spm 2014 dan saya berhasrat ingin melanjutkan pelajaran saya dalam bidang asasi sains fizikal di uiam ni. Boleh x terangkan lebih lanjut mengenai bidang ini?
Subjek asasi physical science lebih kurang macam asasi engineering cuma ada certain topik kita takkan belajar.. Masa degree nanti kita boleh ambik aliran sains matematik, kimia..
Assalamualaikum hi. Saya lepasan SPM and saya dapat matriks dan Asasi Sains Fizikal. Saya nak sains hayat but dekat UIA. Jadi, saya plan nak accept dua-dua dan pergi ke matrikulasi dahulu dan apabila hari pendaftaran UIA, saya ke sana dan tanya jika saya boleh tukar pilihan saya ke asasi sains hayat. Jika saya dapat, saya pilih ke UIA.
soalan saya:
1) boleh ke saya accept both offers?
2) boleh tak saya bertukar ke asasi sains hayat kalau saya buat rayuan pada hari pendaftaran?
3) Kalau saya ambil sains fizikal, apakah skop selepas itu yang saya boleh ambil ya?
thank you :)
Betul ke asasi sains hayat x blh jd doktor?
Ya, betul tu.. Kalau nak jadi doktor, ambil asasi perubatan di UIAM
1. Boleh accept both tapi rugi duit dan masa. Lebih baik baik pilih satu sahaja.
2. Boleh tukar ke asasi lain tapi pertukaran pada semester kedua. Lagipun ada ramai pelajar yg 'bercita-cita' nak tukar bidang asasi. Jadi persaingan akan berlaku. Lebih baik refer atau hubungi centre foundation iium tentang pertukaran asasi bagi mengelakkan salah faham.
3. Ia menjurus kepada sains matematik, fizik dan kimia. Boleh rujuk pada laman web uiam tentang pilihan semasa nak sambung ke degree. Tentang kerjaya saya masih tak pasti lagi tapi bidang sains memang masih memerlukan tenaga kerja professional di Malaysia.
Assalamualaikum. Maaf, saya tak faham maksud senior kenapa yg ambil degree pendidikan d uiam hanya boleh jadi guru swasta je.. Knape ye?
Assalamualaikum, sy prlukan kepastian sbb adik sy menerima tawaran untuk asasi sains hayat di uiam.. 30hb ni daftar, ms hari pendaftaran tu blh x klu dia nak mintak tukar ke asasi perubatan ataupun asasi pergigian? Mtk tlg ya, nk tau jwpn ni sgt2 sbb selalunya adik sy ni seorang yang periang tapi skrg ni dh jd mcm org yg brmsalah sbb dia dpt tau asasi sains hayat ni tak blh jd doktor. SPM 2014 dia dpt straight A.. Tolong yaaaa..
Ya, betul tu.. Kalau nak jadi guru di sekolah kerajaan, kena belajar di institut pengajian perguruan (IPG).. Guru swasta ni macam guru di sekolah MRSM, sekolah swasta dll..
Boleh tukar course tapi rasanya bukan pada hari pendaftaran.. Mungkin boleh tukar pada semester kedua.. Lagipun course medic dan dentistry adalah course yg panas dan ada kuota untuk jumlah tertentu.. Jadi ada risiko kena reject untuk tukar ke medic/dentistry kecuali result semester sgt power.. Lebih baik consult atau telefon pejabat pusat asasi IIUM utk maklumat lanjut
uia sn hyt lps asasi blh smbg course apa yek?? bioteknologi je ke?? mmg x de pluang utk smbg ke uia gombak klau asasi sn hyt?? biotekmologi tu brpa thn??
salam, nk tnya. asasi perubatan uiam setahun ke 2tahun? lepas tamat asasi perubatan boleh tak kita apply scholarship ke oversea untuk further degree? ada kawan sy ckp mmg wajib sambung degree dlm uiam dan x bleh tukar dh. betul ke?mohon pencerahan. tqvm
Di pusat asasi asasi uiam ada ujian bahasa inggeris dan bahasa arab yg bakal menentukan anda belajar selama setahun atau dua tahun di CFS. Kalau anda terer bahasa English dan arab, belajar setahun jer.
Boleh jer nak sambung ke oversea tapi rasanya asasi perubatan sgt payah sbb ada kursus praktikal mengikut universiti oversea masing2. Kalau mmg minat nak sambung ke oversea, baik apply a level di intec atau mana2 kolej yg menawarkan program a level.
Nak tukar course dari uiam ke universiti lain amat payah sebab uiam tak guna silibus dari KPM. Jadi lebih baik stay saja di uiam.
Sila rujuk laman web UIAM untuk maklumat lanjut tentang program asasi masing-masing. Kesemua pelajar program sains akan sambung belajar di UIAM Kuantan. UIAM Gombak hanya untuk pelajar program engineering, law, language, accounting, business, art.
thanks so much for the info. tempoh sarjana muda bagi perubatan di uiam pula berapa tahun? klau x termasuk asasi perubatan
5 tahun belajar
Assalamualaikum. Kalau sudah tamat asasi Uia boleh ke nk mohon sambung degree di IPTA lain?
Terima kasih.
boleh sambung ke ipta lain.. tiada masalah..
Assalamualaikum , saya lepasan spm 2015 , saya ingin memohon sains hayat, apakah kerjaya drpd bidang ini selain bioteknologi? Trrima kasih
tiada jawapan spesifik, mana2 kerjaya yang memerlukan pengetahuan sains biologi seperti forensik, penyelidikan biologist, agrotek, sains sukan atau mana2 bidang... kerjaya ini luas dan tidak tertumpu pada umum saja... cik akan dapat rentak dan arah tuju masa belajar nanti kerana didedahkan dengan soal kerjaya semasa belajar... takpun terus tanya lecturer nanti...
saya tak pasti lagi nak belajar medic atau engineering. jadi saya nak tanya, ada ke asasi yg degreenya nnt boleh pilih nak smbung perubatan atau engineering?
Kena terus buat pilihan sebab masa belajar nanti kena pilih aliran biologi atau fizik. Tengok pada minat, kemahiran, bakat dan kemampuan. Rasanya bidan perubatan lagi tough sebab ada kuota.
Salam. Saya nk amik math.but x tau nk amik asasi apa. Ada cdgn nk amik asasi apa2 tak? Sbb kalau boleh saya nk amik degree in mathematics. And sains fizikal ni ssh x? Actually..sains fizikal ni ke arah apa? minta tolong perjelaskan ye? Terima kasih.
Masa asasi nanti pilih asasi sains fizikal.. Degree nanti boleh ambil sains aktuari sebab mmg ada bnyk kaitan dgn math..
Salam.. kalau degree nanti saya nak ambik biomedic engineering, ambik asasi ape ye?
Salam. Boleh kasi pencerahan tentang asasi sains fizikal for future tak? Hikss. Thanks a lot (:
assalamualaikum, sy nak tnye
klau sye msuk asasi sains fizikal , degree bol x sy ambil course math? sebb sy minat math/add math
klau ambil diploma, ambil mse yg lme.
physics sy dpt b+ dlm spm.
Kalau tak guna silibus dari KPM tak effect apa apa ke?
rasanya tak effect.. UIAM tak guna silibus KPM sebab nak berdiri sendiri.. cuma lepas asasi nak pindah ke ipta agak payah.. boleh pindah tapi rumit sikit.. dari segi pekerjaan dan kualiti rasanya tak terjejas.. lagipun UIAM dah lama didirikan dan tiada masalah dari segi tersebut..
Salam nak tye sy dpt 6a spm. Saya lulus utk qualification sains fizikal & ekonomi. Agak2 abang kan brp anggaran kuota asasi utk kedua2 kos tersebut? Dan adakah sy akan dpt tawaran ke situ? Tqvm.
Erm, tak berani nak agak adik. Kuota rasanya dah buka banyak dan kalau ikut berita tahun ini, ramai yang kurang minta bidang sains. Rasanya ada peluang cerah nak masuk kalau cukup syarat lebih-lebih lagi adik dapat 6A.
Anak saya dpt maktrikulasi program sains..dia dpt tawaran uiam dalam asasi sains fizikal..dia minat utk jd jurutera nnt..pilihan yg mana tepat?upu minta enginering xdpt..dpt asasi sains fizikal
Salam saya dapat asasi sains fizikal kt uiam. Bulan 6 ni dftr. Degree nnti takboleh apply kos engineering eh? second, kalau saya nk tukar asasi kejuruteraan mse daftar nnti agak2 sng tak proses tu? Peluang untuk dpt asasi eng tu berdasarkan test bi ke? Sbb mmg saya nak sangat jadi jurutera. Tq.
Salam saya dapat asasi sains fizikal kt uiam. Bulan 6 ni dftr. Degree nnti takboleh apply kos engineering eh? second, kalau saya nk tukar asasi kejuruteraan mse daftar nnti agak2 sng tak proses tu? Peluang untuk dpt asasi eng tu berdasarkan test bi ke? Sbb mmg saya nak sangat jadi jurutera. Tq.
Sains fizikal di UIAM saja yg tidak menjurus kepada bidang engineering. Nak tukar bidang boleh masa kat sana tapi payah sebab pelajar engineering kat UIAM mmg dh ramai. Seeloknya ambik matrikulasi kalau mmg minat engineering.
boleh apply untuk tukar aliran tp peluang tu payah sbb ada ramai lagi yg bersesak nak tukar bidang. test english dan arab tu tak mempengaruhi proses pertukaran aliran. biasanya adik akan diminta utk bljr satu sem dulu sebagai pljr sains fizikal lepas tu baru boleh tukar ikut pencapaian semester pertama.
salam...btol ke klau foundation in nursing still bley sambung medic for degree...i heard foundation in nursing,allied health,pharmacy and dentistry still can pursue in medic for degree klau pointer bgus(3.9 and above)
saya tak tahu pasal benda tu.. tapi biasanya tempat degree medic sangat sikit.. kalau nak sambung medic baik tukar terus masa foundation.. lebih baik kalau cik tanya pejabat foundation
Assalamualaikum ..saya nak tanya ni .Saya lepasan spm 2017 dan saya ada mohon asasi sains fizikal UIA ..keputusan spm saya
PQS , PSI , BA -->A+
Math -->A
Add math -->B
Bi , Bio-->B+
Fizik , Kimia --> A-
Soalan saya peluang saya masih cerah lagi ke utk dapat asasi sains fizikal di UIA ?
Peluang cerah sebab keputusan semua cemerlang ni, bagus-bagus. Tapi kena tengok atas nasib gak, ada tak tempat kosong kat sana, jangan bimbang peluang cik sangat cerah, asasi sains fizikal biasanya ada banyak tempat disediakan dan tak terhad macam medik.
Really? Hopefully dapat offer uiam..terima kasih balas 😁
Lepas asasi uiam boleh ambil degree ke ipta lain ke?
nak pilih pe kene tau kite nak jadi pe nanti
okay norra nak pilih kerjaya apa? mungkin norra kena tengok lawan web asasi uia dan tengok setiap asasi boleh pilih degree apa lepas ni.. selamat berjaya.
Salam nak tnya boleh ke lepasan asasi uia hendak sambung degree kt tmpt lain?
Assalamualaikum. Saya brminat further study in phy sn and engineering in iium. Tapi result saya
Bm, bi, pi, math-> A
Addmt, phy, chem ->B
Bio -> C
Adakah saya masih brpeluang dlm bidang tersebut? Saya ada mohon dlm upu kedua2 course.
Assalam.sy nak tnya kalau asasi sains fizikal uiam ,apa peluang kerja yg sesuai in future ya?
Please reply ��
Catat Ulasan