Iman Syafie pernah berkata mengenai kehidupan:
1.Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
2.Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
3.Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
4.Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.
5.Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
6.Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
7.Kemiskinan orang berlimu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
8.Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliannya.
9.Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di akhirat.
10.Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
Iman Abu Hanifah pernah memberi nasihat mengenai kehidupan:
1.Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.
2.Jangan pula tamak dan berdusta bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.
3.Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.
4.Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.
5.Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
6.Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.
7.Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
8.Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
9.Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.
10.Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan