Dalam berpolitik, benda yang tak kita tak boleh elak adalah perbezaan. Ya, perbezaan idea, cara, pemikiran, dan persepsi. Puak A nak hidup senang tapi puak B mungkin nak hidup lebih baik. Puak C pula nak hidup dalam keadaan sejahtera. Ketiga-tiga puak ni betul tapi rakyat ada pilihan untuk pilih puak mana yang mereka suka.
Macam biasa, semakin dekat waktu berkempen semakin banyak cerita sensasi. Skandal dalam kain pun boleh terlepas masuk dekat Facebook dan Twitter. Cerita dari tahun 1980an pun boleh diungkit balik. Benda yang terlepas cakap semasa ceramah boleh dijadikan modal untuk serang balik.
Aku tak kisah apa-apa strategi orang politik nak guna (asalkan bersih), asalkan kita sebagai rakyat marhaen ni jaga perangai dan tolong hormat orang lain. Orang politik kalau menang dapat duit elaun bulanan RM10,000, kalah hilang duit deposit. Kita pula, rakyat marhaen, dapat apa?
Jadi, lebih baik kita sentiasa bersederhana semasa berkempen. Jangan galak sangat nak main tuduhan dan persepsi serkap jarang, takut kena kat saudara mara atau kawan sendiri. Kalau dah bergaduh, sampai boleh putus tali silaturrahim. Lagi elok kalau cerita jer apa manifesto parti masing-masing boleh buat.
Nak berpolitik pun kena bijak, jangan ikut emosi dan hati baran. Kalau silap langkah, kita menang jadi abu, kalah jadi arang. Cakap jangan besar. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Nota kaki: Pesanan ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan