Khamis, 12 Oktober 2017

Semester baru, Junior 3rd Year

   Alhamdulillah sudah tiga tahun aku belajar di bumi Muadzam Shah. Walaupun belajar dalam bidang yang tak pernah aku terfikir nak ambil, nampaknya aku masih lagi boleh bertatih dalam memahami bahasa orang business. Sebabnya dari semester pertama pensyarah aku ajar perakaunan adalah seperti bahasa dalam dunia perniagaan. Oleh sebab aku minat juga dunia berkaitan duit juta-juta ni, terpaksa jugalah aku terjun dalam bidang perakaunan.

   Cukup sudah dengan ngomelan dan rengekan insan lemah ni. Fokus aku pada semester baru sudah tentu nak capai semua A dalam subjek. Seperti biasa juga fokus ni gagal capai sasaran. Dapat 1 A setiap semester pun dah cukup baik. Nasib baik semester lepas dapat juga 1 A untuk subjek International Business. Masalahnya subjek teras perakaunan aku dapat B dan B- serta yang paling teruk C+ untuk subjek Specialized Taxation. Subjek bukan teras akaun boleh pulak aku dapat A. Nampak sangat aku tak sayang dengan bidang perakaunan.

   Semester yang baru mula dalam Oktober ni sepatutnya aku ambil 4 subjek je. Tapi entah macam mana aku terdetik nak tambah lagi satu subjek. Fikir punya fikir aku pun tambahlah subjek Strategic Management. Aku rasa tak ada masalah nak bawa 5 subjek sebab aku tanya kawan-kawan lain ada yang ambil sampai 6 subjek. Maaf, aku bukan genius nak ambil banyak subjek, lebih-lebih lagi kalau ada 2 atau 3 subject killer dalam tu.

Tiada ulasan: