Sebenarnya, sudah seminggu berlalu temuduga tu berlalu. Tapi baru hari ni tergerak hati nak menulis. Bukan apa, sekadar nak mengongsi pengalaman tak seberapa ni. Kalau sebelum ni, saya sibuk mencari di blog orang lain macam mana rupa temuduga tu yang sebenarnya. Saya tak pernah pun ada pengalaman sebelum ni. Jadi, temuduga biasiswa JPA ini merupakan yang pertama kali.
Kalau mengikutkan surat tawaran biasiswa JPA, saya tersasar dalam kelompok satu. Adush, tak bolehlah nak tanya kawan-kawan macam mana temuduga tu berlangsung.
Jam seawal 7 pagi saya dah sampai di Kuala Terengganu. Biasalah, kena sampai awal, bertolak dari Kemaman pun dah pukul 4.30 pagi. Ketika saya mula mendaftar pada pukul 8.00 pagi, terkejut juga sebab hari tu cuma ada 23 orang sahaja disenaraikan dalam temuduga tu. Dalam hati dah berbunyi, ni mesti kena temuduga sorang-sorang. Memang mati kalau kena temuduga secara individu. Yang tu orang tak panggil dah temuduga, tapi soal bicara/siasat. Adei!!!!
Dalam senarai ada 23 nama hari tu, tapi yang hadir cuma 14 orang. Haha, mungkin 9 orang lain tak berminat nak pergi luar negara!! Program Khas tajaan JPA akan menghantar para pelajar di negara Jerman, Perancis, Jepun dan Korea dalam pengajian diploma(khusus untuk bidang teknikal). Kemudian, ada seorang fasilitator datang untuk mengagih kami dalam 3 kumpulan. Kumpulan saya ada 4 orang sahaja, 2 lelaki, 2 perempuan. Setiap kumpulan akan menjalani sesi yang berlainan dengan kumpulan yang lain.
Dalam temuduga tu yang berlangsung dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari, ada tiga sesi untuk menilai tahap dan kebolehan seseorang pelajar. Sesi pertama, temuduga (BM & BI). Penemuduga akan ditanya mengenai bidang yang dipilih, negara yang dikehendaki, dan isu-isu semasa. Sesi kedua(BM), penyelesaian masalah. Penemuduga akan diberi satu masalah dan cuba fikirkan cara-cara untuk mengatasinya serta akan membuat pembentangan di hadapan panel. Sesi terakhir, kajian kes(BI). Penemuduga akan diberi satu topik dan perlu berbincang dalam kumpulan dengan SUARA YANG KUAT supaya ahli panel dapat mengetahui apa yang sedang kita berbincang.
Sesi pertama ni memang gementar sikit. Aku tak buat apa-apa persediaan nak jawab soalan panel. Aku anggap perkara yang dah berlalu jangan ditangisi, hadapi ia dengan keberanian. Tapi rupa-rupanya hanya satu sesi perbualan yang biasa. Jadi, kalau nak nampak bijak depan panel, kena jadi serba tahu dalam setiap soalan yang diajukan. Maknanya, jangan senyap dan sekadar menjawab hanya sepatah dua. Kita mahu yakinkan mereka yang mereka patut pilih kita, maka kita harus jadi serba tahu.
Soalan pertama, pengenalan diri. Yang ni hanya berkisar tentang diri kita atau “about myself”. Jawab hanya sekadar perlu, 2 atau 3 minit, tak perlu nak buat buku auto biografi. Kemudian, mereka akan bertanya negara mana yang kita mahu pergi dan sebabnya. Jawapannya perlu relevan dengan bidang yang kita mahu. Kalau inginkan bidang robotik, pilihlah negara yang amat hebat dalam bidang itu. Kalau jawapan hanya sekadar, ‘saya sukakan budaya korea’, ‘saya tertarik dengan keindahan Jepun’, ‘saya amat suka melancong di negara Perancis sebab saya dah lama nak pergi tengok Eifel Towel’ dan lain-lain. Jawapan-jawapan sebegini masih boleh dipertikaikan. Jadi, binalah jawapan konkrit yang boleh menarik perhatian ahli panel.
Dalam kumpulan saya tu, ahli panel bertanya mengenai isu Kedai Rakyat 1Malaysia dan Lynas. Apa punca Lynas menjadi ketakutan orang ramai, keberkesanan Kedai Rakyat 1 Malaysia, perlukah Lynas diteruskan dan lain-lain soalan ditanya. Sebaiknya jawab dahulu mengenai soalan isu tersebut yang diajukan dari ahli panel. Kemudian, baharulah boleh menghurai dengan panjang lebar.

Sesi kedua pula, penyelesaian kes. Sesi ni amatlah senang kerana dibuat dalam Bahasa Melayu dan hanya berfikir cara menyelesaikan masalah yang memang jawapan sudah ada dalam kepala. Kumpulan saya telah diberi masalah “jenayah jalanan dan cara mengatasinya”. Memang jawapannya agak mudah. Kempen, undang-undang tegas, kuatkuasa undang-undang, tingkatkan rondaan, belajar seni bela diri, tingkatkan kemudahan awam dan sebagainya merupakan jawapan yang paling sinonim. Jadi, kita perlu mencatat semua langkah tersebut dalam kertas mahjong (kertas putih besar).
Saya cuma tengok sahaja, yang tulis tu budak perempuan, tak kisahlah tulisan macam doktor, janji siap. Selepas 30 minit kami perah idea dan tulis, kami diberi masa 15 minit. Jadi, bercakaplah seperti menteri (menteri yang professional) yang ingin benar-benar menyelesaikan masalah tersebut. Selepas habis pembentangan, ahli panel akan bertanya soalan mengenai idea yang kita sumbangkan. Mereka akan mempersoalkan idea kita dan lebih teruk sampai ada memperendah-rendahkan kita. Jadi, kita kena kuatkan semangat dan perlu mempertahankan idea kita supaya nampak relevan dan boleh dilaksanakan.

Sesi ketiga dan terakhir, kajian kes. Sesi yang inilah aku paling benci. Sudahlah kena bincang/discuss dalam Bahasa Inggeris, diberi pula tajuk Leftenan Adnan. Ahli panel memberi gambar Leftenan Adnan dan soalan macam mana generasi muda boleh mempertingkatkan semangat patriotisme. Isu seperti buahan tempatan, produk tempatan seperti Proton, dan budaya tempatan yang semakin terhakis nilainya.
Sebenarnya, tajuk soalan ini mahu menguji sejauh mana anda ingin berkhidmat dengan negara Malaysia selepas habis belajar sebab mereka sudah tahu pelajar Malaysia di luar negara lebih berminat dengan gaji mahal di negara luar. Lagipun, mereka inginkan pelajar yang benar-benar sayangkan Malaysia supaya pelajar tidak akan memburuk-burukkan nama negara di mata dunia lain. Mereka inginkan pelajar yang boleh membawa imej terbaik untuk Malaysia. Bukankah Malaysia ingin memajukan bidang pelancongan agar boleh menjadi tumpuan persinggahan pelancong asing(habis tu, macam mana pula dengan pelancong tempatan?).
Aku memang senyap habis dalam sesi ni. 10 patah soalan tanya, 1 patah sahaja aku jawab. Bukannya apa, aku memang lemah gila dalam bahasa yang sungguh asing ni. Jadi, kami berbincang dalam satu kumpulan macam mana ingin meningkatkan perasaan patriotisme dalam kalangan orang muda. Kami duduk dalam bulatan manakala meja ahli panel lebih kurang 2 meter dari kami. Nak tak nak, kena tunjuk suara lantang untuk meraih perhatian. Seperti biasa, selepas habis perbincangan dalam kumpulan, ahli panel akan bertanya soalan mengenai idea yang kita bincangkan. Nasihat saya, jawab sahajalah.

Nampaknya sudah tiga jam masa kita habiskan untuk selesai dalam temuduga biasiswa JPA. Mula dari pukul 9 pagi , habis pada pukul 12 tengahari. Dah habis tu, balik rumah jerlah. Satu nasihat lagi, pastikan dokumen yang perlu bawa perlu lengkap dan disusun rapi untuk kemudahan semasa pendaftaran nanti.
Itu sahaja daripada saya.

14 ulasan:
saya memang nak mohon jpa,,,tapi x buka lagi tawaran,,may b bulan 7 ni..awak tau x macam mane pulak temuduga jpa untuk pelajar yg ingin belajar dalam negara untuk sambung degree??ada x kawan2 yg ada pengalaman?
Hi :)
Nak tanya, macam mana proses awak apply utk program khas tu ya? Apply before result spm keluar or after? thanks :)
Saya minta lepas result keluar
This happens to be the only page that documents a JPA scholarship interview. Dude, thanks for the info. You should know that people search for these kinds of things.
I'll try my best at the 2013 interviews. Wish me luck!
thank you so much for your comment.. i'm just want to share my experience so others can make prepared a lot before interview. i hope you can do well in your interview cause the placement is so small, as for my year just to sponsor 200 students in Malaysia (just for that programme)
thanx so much for sharing ur experience and hope this can help my on this wednesday..wish me luck :)(:
they ask us in english or bm??
both of them.. the clue is when they ask you in english, speak english.. but when they ask you in malay, speak malay.. easy rule to do
owh thanks...really appreciate that
berjaya ke tak bang?dapat tak biasiswa jpa?
untuk program ni tak berjaya.. tapi dapat gak biasiswa jpa utk program ke UK
congrats..n thanks for sharing ur experience,,
Kenapa dengan kerajaan BN ni, tak membantu ke. Bukankah kamu pun dapat biasiswa dr BN. Adakah kamu yakin kamu boleh dpt biasiswa belajar di UK ni kalau DAP yg memerintah. Sedangkan kamu sendiri akui BI kamu lemah. Lagipun sekiranya kamu mempunyai syarikat sendiri sudah tentu kamu akan mengambil pekerja yg boleh bekerja sama dgn kamu, begitu juga dgn BN. Pendapat yg tidak berapa cerdik dr kamu. Sedarlah org Melayu, hakikat kamu ni lemah dan masih memerlukan bantuan

Catat Ulasan