Assalamualaikum……
Inilah kali pertama saya menulis mengenai diri saya sendiri. Sebelum ini saya hanya menceritakan tentang fakta. Untuk kali ini, saya memberanikan diri untuk menulis mengenai diri saya sendiri, walaupun itu bukan sifat saya yang sebenarnya. Sebenarnya saya tak mahu ada orang yang tahu tentang diri saya. Apa yang saya fikirkan dan apa yang saya akan lakukan. Di sini, saya cuba untuk meluahkan emosi saya secara bersopan agar ianya nampak lebih teratur (dan bukannya seperti diari). Saya rasa lebih bagus untuk meluahkan sesuatu supaya kita tahu apa yang kita sedang alami.
TOV = take of value = peperiksaan pertama
Pada hari ahad ini, saya akan menduduki peperiksaan TOV yang pertama selepas pelajar tingkatan 3 menghadapinya. Berada di tingkatan di tingkatan 5 lebih menyukarkan kerana kita akan dibebani dengan cabaran yang lebih mematangkan. Di sini, segala pencapaian kita akan dinilai dan terus akan dibuat ‘post-mortem’ untuk meningkatkan pencapaian.
Mudah kata, saya masih belum bersedia untuk menghadapinya lagi walaupun saya sedar, SPM sudah hampir tiba. Buktinya, saya masih belum ‘berdakap’ dengan buku lagi. Dalam kelas, fikiran saya masih menerawang ke tempat lain. Tak kisahlah apa yang saya fikirkan. Apa yang hendak jadi kat saya ni? Kedudukan saya dalam rangking TOP 10 dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 masih belum mampu menenangkan saya untuk mencapai sasaran lebih tinggi. Malah saya lebih bimbang jika kedudukan saya akan jatuh mendadak ke tempat lebih tercorot. Ini agar membimbangkan saya. Sudah tentu saya akan dipanggil pengetua dan sudah tentulah saya akan MASAK!!!
Jadi saya hanya membuat sasaran untuk dapat A dalam SEJARAH, PENDIDIKAN ISLAM, MATEMATIK dan KIMIA. Subjek B saya pula ialah FIZIK, BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS. Untuk BIOLOGI dan MATEMATIK TAMBAHAN, saya lebih suka untuk dapat C. saya rasa ini lebih baik untuk peperiksaan TOV. Insyallah, untuk peperiksaan akan datang saya kan me’skor’kan 6A ke atas, sesuai dengan hasrat pengetua.
Tak kisahlah saya dapat nombor berapa pun, janji saya tak ada subjek gagal. Paling kurang pun ada C.
Jadi, macam mana dengan persiapan kamu semua?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan