Jumaat, 23 September 2011

BRaInS kluster





BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM










Tahniah buat semua warga BRaInS kerana BRaInS kini dinobatkan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Alhamdulillah.












Nama SBPI Batu Rakit mungkin tidak beberapa gah dalam kalangan sbp tapi kami berjaya menjadi sekolah klusrer kecemerlangan. Ini merupakan salah satu lagi siri kemenangan kami untuk mencapai taraf SBT.












awal-awal tahun lagi BRaInS sudah dibanggakan dengan pencapaian no. 3 dalam Anugerah Asrama Terbilang (AAT). Walaupun kami tidak mendapat tempat pertama tapi itu sudah menjadi petanda kegemilangan BRaInS dalam masa akan datang. Hanya kerana AAT, kami terpaksa bekerja keras dengan memastikan segala peraturan asrama dipatuhi dengan baik. begitu juga dengan sistem pengurusan dalam asrma, dewan makan, dan apa yang paling penting ialah sikap para pelajar itu sendiri. aspek itulah yang menjadi penilaian utama yang menjadi cerminan terhadap asrama terbilang.Hasilnya asrama kami terbilang. Tak percaya boleh berkunjung ke BRaInS dan tengok dengan mata sendiri.












BRaInS juga berjaya menjadi tuan rumah bagi hari nadwah kebangsaan. Sepatutnya proram tersebut bertaraf antarabangsa kerana ada jemputan dari luar negara seperti Brunei, tapi kerana ada beberapa masalah teknikal, hari nadwah tersebut diiktiraf sebagai peringkat kebangsaan sahaja. Berlangsung dari hari isnin sampai khamis, hari nadwah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan hari nadwah tersebut.












Dan sekarang BRaInS telah diisytiharkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan sebagai penanda ia terus maju dalam melaksanakan agenda pendidikan. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, BRaiInS akan menjadi sekolah SBT pula (Sekolah Berprestasi Tinggi). maka, nilai BRaInS akan terus meningkat. akan ku tinggalkan sekolah ini dengan penuh perasaan bangga.












BERILMU, BERAKHLAK DAN BERKUALITI










BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN BRAINS

Tiada ulasan: