Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama saya tidak menulis di laman ini. Rasanya belum
terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan selamat menyambut
hari kemerdekaan ke-54. Bahang kemeriahan Syawal masih terasa dan jalur
gemilang masih hangat dikibarkan.
Tahun ini memang istimewa kerana kita menyambut hari raya
aidilfitiri bersama dengan hari kemerdekaan iaitu 30 Ogos dan 31 Ogos. Malah saya
juga telah menghadapi peperiksaan percubaan SBP dan JPNT. Memang bulan Ogos ini
banyak aktiviti yang dilakukan. Walaupun puasa, saya masih mampu untuk
melakukan yang terbaik tapi saya agak tertekan dengan soalan. Ya, saya memang
tertekan menyebabkan saya hilang kawalan sikit saja.
Raya tahun ini bagi saya kurang bermakna kerana tiada rumah
kawan saya pergi, tiada rumah jiran dilawati dan rumah saudara tidak dikenali. Tapi
kalau dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ini nampak lebih bagus daripada
tahun lepas. Kalau tahun lepas, saya asyik terperap dalam rumah tapi tahun ini
adalah juga rumah-rumah saya pergi (padahal sebuah rumah jiran, tak apalah asalkan
singgah). Terus terang saya kata bahang kehangatan Syawal belum saya rasa rasa,
bak kata orang “takde feel”. Feel itu sudah lama menghilang sejak saya makin
membesar. Sepatutnya semakin meningkat tahun, semakin bersemangat untuk beraya.
Kini, saya sudah hilang erti raya. Mungkin saya kurang mendalami erti puasa
dalam ramadhan. Permulaan raya ialah Ramadhan dan kemenangannya ialah Syawal. Mana
mungkin ada orang sanggup beraya jika tidak berpuasa penuh. Malulah. Puasa dan
Syawal saling berkaitan antara satu sama lain. Puasa kita berjaya, maka raya
kita akan lebih bermakna. Tapi bulan Ramadhan sudah berlalu. Puasa sudah pun
tamat. Raya sudah pun disambut. Jadi, kita perlu mengambil iktibar daripada
puasa kita dalam bulan Ramadhan. Kalau baik, bersyukurlah dengan kejayaan ini. Semoga
kejayaan ini akan berterusan sehingga ke bulan-bulan lain. Tapi kalau puasa
kita buruk, bersabarlah. Mungkin kita ada berbuat kesilapan dan kesilapan ini akan
menjadi pengajaran serta keinsafan kepada kita untuk membaik diri ke arah lebih
baik.
TIADA USAHA KE ARAH KEBAIKAN TANPA KESUNGGUHAN DAN
KEIKHLASAN





Tiada ulasan:
Catat Ulasan