Sabtu, 23 Februari 2013

IELTS speaking test


   Korang tau apa benda yang aku paling benci? Aku benci untuk bercakap, lebih-lebih lagi dalam bahasa asing, yang bukan menjadi bahasa lidah aku. Setakat ni aku memang anti dengan bahasa inggeris, rasanya tak patutlah sebab lepas ni aku akan sambung belajar dekat United Kingdom. Kelakar siout, budak yang tak pandai cakap bahasa inggeris, dapat markah rendah dalam subjek inggeris SPM, tiba-tiba dapat offer pergi buat sarjana muda di UK/USA. Aku rasa betul ke tak ni, JPA dah siasat betul-betul ke siap aku yang sebenarnya. Aku bukannya seorang pengganas atau pembelot duri dalam daging. Aku hanyalah seorang budak yang lemah dengan bahasa, walaupun dengan bahasanya sendiri.

  Petang tadi aku ada ambil IELTS speaking test dengan kawan-kawan. Lepas solat jumaat dekat Seksyen 17, aku pun terus balik semula ke INTEC, nak buat persiapan la kononnya. Tapi aku lambat sikit nak sampai INTEC tu sebab tok imam solat lama sangat. Rasanya memang sunat pun solat jumaat kena panjang, khutbah kot yang kena pendek, pasal aku tengok semua jemaah dah tersengguk-sengguk. Ada yang tidur, kepala ke bawah, badan tunduk menyembah lantai masjid.

  Sampai dekat INTEC tu, takde lagi kawan-kawan lain. Kiranya aku bersama 4 sahabat lain jer yang dah ada situ. Aku memang berlagak macam tak kisah dengan test. Aku buat main-main. Aku mana pernah belajar nak serius dalam sesuatu perkara. ASyik nak main jer, hidup macam tak guna. Serius aku ada juga fikir macam tu. Masa tu aku memang dah pasrah gila-gila, siap target dapat markah rendah. Paling tinggi band pun 4. Itu pun kalau lecturer baik sangat. Rasanya tak kot sebab budak-budak semua ni kena hantar oversea, jadi kena pilih yang terbaik.

  Giliran orang pertama ambil test tu pada waktu petang adalah aku. Rasa cam gementar juga jadi orang pertama. Kalau ikut senarai nama asal aku orang yang ke sembilan. Entah macam mana nama aku boleh 'naik takhta' ke nombor satu. Lepas pukul tiga petang lebih sikit, lecturer pun datang masuk dalam kelas aku. Aku tengok muka lecturer pun dah rasa cuak. Masa tu baru datang rasa cuak, takut, gementar dan trauma yang berpanjangan. Okey, itu melampau. Disebabkan aku nombor satu yang mula-mula kena ambik test tu, terpaksa juga aku gagahi langkah ini ke pintu kelas aku. Ada juga aku buat skill ngasas dengan jatuh depan pintu kelas tapi itu hanya troll untuk mengelakkan rasa takut.

  Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Aku duduk di hadapan meja lecturer. Jarak kami mungkin hanya berkisar 1 meter sahaja. "Are you ready?". "Ready for what? PSY or %^&$$&?". Okey, tu gurau bodoh jer. "Please introduce yourself." Soalan ni aku jawab ringkas jer, malas nak terang panjang-panjang. "Desribe about your hometown." Serius, aku tak tahu banyak pasal tempat tinggal aku. Aku pun terus terang yang aku tak tahu tentang tempat tinggal sendiri. Dia pun suruh aku hurai pasal negeri Terengganu. Aku cakap 3,4 ayat, terus cakap ok, fine.

  Masuk bahagian kedua, dia suruh cakap pasal haiwan dan apa yang menarik mengenainya. Aku pun terus dapat idea spontan pasal ni. Mentang-mentang banyak kucing dekat Seksyen 6, kucing tu dah macam pengunjung tetap dalam bilik aku. Siap boleh tidur lena lagi atas karpet. Ada juga kucing-kucing nakal datang buat kacau dekat tong sampah. Habis berterabur sampah-sampah atas lantai. Part ni kena cakap dalam masa dua minit tapi aku berjaya habiskannya dalam masa kurang seminit. Hebat tak??

  Aku rasa bahagian ketiga lagi seronok. Semuanya tentang pendapat. Yang bagusnya pendapat aku tentang isu tersebut memang betul dan tepat. "Animal as a experiment subject". "Animal as an entertainment purpose." "Human view about animal, do they respect animal?" Hahaha, aku rasa macam boleh jawab soalan  ni tapi hakikatnya aku tak beberapa boleh jawab. Vocab aku kurang. Kalau vocab aku banyak, gerenti aku cakap laju, straight, fluently, penuh yakin, dan lama. Tapi nak buat macam mana kalau orang memang dah malas nak baca buku inggeris. Terima jerlah hakikatnya yang kau tergagak masa nak cakap tadi.

  Aku akui, aku memang benci test terutamanya yang melibatkan speaking. Serius aku sanggup ambik writing test daripada kena cakap. Fitrah aku memang benci nak cakap dengan orang lain, cakap dengan sendiri jer yang rasa okey. Tapi kena dapat cemerlang gak IELTS ni.Hal ni memang kena usaha lebih-lebih. Okey, untuk test akan datang, aku akan cakna dan pandang lebih serius. Semestinya aku kena ambil tindakan lebih cekap. Umpama slogan PDRM, 'mesra, cekap, amanah."

Tiada ulasan: