Rabu, 13 Julai 2016

Hari Raya Tiba Lagi

   Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

   Maaflah, hari raya kelapan baru terdetik hati nak update post dalam blog. Tapi apa susah, blog ini bukan ada pembaca setia macam orang baca suratkhabar tiap-tiap hari. Laman Facebook dan Twitter dah bersarang lama, sebijik macam tuan blognya. Jangan bimbang, aktiviti menulis juga merupakan satu aktiviti menyihatkan minda cuma kena kurangkan merapu.

   Tahun ni aku ada baju raya baru. Warna apa aku tak pasti sebab zaman moden sekarang ni nama warna dah mengalahkan nama artis. Aku rasa macam warna merah cuma nampak gelap sikit. Tahun ni aku beraya ala kadar jer, sama macam tahun-tahun lepas. Nak buat macam mana, Ramadhan pun tak 'sambut' dengan meriah, ada hati nak bergembira pada hari raya aidilfitri. Umpama manis buah itu lebih terasa jika buah itu lahir dari pokok yang kita sendiri tanam dan jaga.

   Ada juga aku melawat rumah saudara yang berdekatan di Kemaman. Saudara yang datang dari jauh ada juga datang menyinggah di rumah aku. Duit raya dapat cuma tak tunjuk riak gembira terang-terangan depan mereka. Alah, aku dah besar ni cuma nak beraya jer.

   Akhir kata, hari raya ni adalah hari merdeka bagi mereka yang betul-betul menegakkan syiar islam dalam waktu Ramadhan yang orang biasa panggil sebagai bulan madrasah. Madrasah adalah sekolah dan kita adalah pelajar dalam madrasah Ramadhan. Adakah kita ini seorang pelajar yang baik atau sebaliknya? Tepuk dada tanya selera.

1 ulasan:

Unknown berkata...

saya dah katam blog ni...tahniah